3 Langkah Memulakan Simpan Kira

Soalan ini banyak ditanya kepada saya bagaimana untuk memulakan rekod perakaunan sesebuah syarikat. Jika syarikat yang baru beroperasi, caranya lebih mudah dan lebih straight to the point. Untuk syarikat yang telahpun memulakan operasi juga tidaklah sesukar mana, cuma perlu pastikan kesemua dokumen perniagaan ada. Jika tiada, kita perlu membuat sedikit pelarasan terhadap dokumen yang tidak lengkap. Continue reading 3 Langkah Memulakan Simpan Kira

Formula Mengira Titik Pulang Modal Untuk Bisnes

Biasanya setiap bulan anda pastinya akan ada sasaran jualan yang perlu dicapai sebelum anda mengetahui kedudukan jualan anda untung ataupun sebaliknya berdasarkan kos-kos yang dibelanjakan untuk pengeluaran dan penjualan produk. Teknik dipanggil sebagai Titik Pulang Modal (Break Even Point).

Titik Pulang Modal adalah situasi di mana perniagaan anda berada pada tahap tidak membuat keuntungan namun tidaklah rugi. Istilah yang biasa kita gunakan adalah Balik Modal. Titik Pulang Modal biasanya dilihat berdasarkan kepada berapa jumlah unit ataupun jumlah jualan yang perlu anda lakukan untuk mencapai tahap pulang modal bergantung kepada harga jualan yang ditetapkan anda. Continue reading Formula Mengira Titik Pulang Modal Untuk Bisnes

Berniaga Tapi Tiada Kemahiran Mengurus Akaun

 

Berniaga tetapi tiada KEMAHIRAN menguruskan akaun?

Berniaga tetapi tiada staff yang menguruskan akaun kerana KOS YANG TINGGI?

Pening bila nak audit bayar upah buat akaun MAHAL?

Bisnes kecil , rasa tak BERBALOI upah staff untuk urus akaun?

Bisnes maju, jualan banyak, tapi DUIT TAK TAU KEMANA?

Semua persoalan di atas merupakan soalan yang biasa diterima oleh saya sejak saya mengendalikan KURSUS PENGURUSAN AKAUN untuk kebanyakan peniaga IKS. Lazimnya ramai yang tidak mengendahkan betapa pentingnya pengurusan akaun kerana duit masuk dan duit keluar adalah milik pemilik syarikat. Itulah mentaliti yang MEMBUNUH BISNES sehingga tidak dapat bersaing ke peringkat lebih tinggi.

Continue reading Berniaga Tapi Tiada Kemahiran Mengurus Akaun